PUNCA BUASIR RAMAI YANG TIDAK TAHU.
Ramai yang tidak tahu bagaimana buasir boleh terjadi. Tau- tau dah kena. Dan anda juga pasti terkejut sebab 40% dari rakyat Malaysia menghidap penyakit buasir. Tapi kebanyakkan mereka tak ambil berat dan mengangap ia akan pulih sendiri.
Punca penyakit buasir
Penyebab masalah ini adalah tidak jelas namun ia selalu dikaitkan dengan peningkatan tekanan saluran darah di dalam dan sekitar dubur. Tekanan ini akan menyebabkan radang dalam saluran darah.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesetengah orang mungkin lebih cenderung mendapat buasir seperti yang berikut:
Masalah sembelit yang berpanjangan
Diet pemakanan yang kurang serat
Sering mengangkat beban berat
Batuk berpanjangan
Masalah cirit-birit untuk tempoh masa yang panjang
Berat badan berlebihan atau obesiti
Peningkatan umur
Kehamilan
Sejarah perubatan keluarga yang mempunyai masalah buasir
Duduk untuk tempoh yang lama
Simptom dan tanda-tanda buasir
Lebihan kulit boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
Pucat
Tekanan darah rendah
Lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan
Comments