Habis RM7 ribu Kos Pembedahan Buasir

 Buasir sering mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan terhadap pesakitnya. Sekiranya anda mengalami buasir dan ingin merawatnya, terdapat beberapa pilihan pembedahan yang berbeza untuk merawat buasir. Pembedahan biasanya bertujuan untuk menyekat bekalan darah atau mengeluarkan buasir.

Masa pemulihan untuk pembedahan buasir adalah berbeza-beza, tetapi bagi kebanyakan orang, ia boleh mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu.

Artikel ini akan membincangkan tujuan pembedahan buasir, jenis pembedahan yang berbeza dan masa pemulihan bagi pembedahan buasir.



TUJUAN PEMBEDAHAN BUASIR

Beberapa jenis pembedahan buasir termasuklah ligasi pita getah, pembekuan (coagulation), skleroterapi, ‘hemorrhoidectomy’ dan ‘hemorrhoid stapling’. Buasir atau ‘hemorrhoids’ (juga digelar sebagai ‘piles’). 

Setiap pembedahan bergantung pada lokasi buasir tersebut samada ia adalah buasir luaran atau buasir dalaman.

Gejala buasir luaran adalah:

  • Gatal di sekitar dubur.
  • Rasa sakit di sekeliling dubur, terutamanya semasa duduk.
  • Terdapat benjolan di sekitar dubur.

Gejala buasir dalaman pula termasuklah:

  • Pendarahan semasa pergerakan usus (membuang air besar).
  • Buasir jatuh keluar dari dubur, yang dikenali sebagai ‘prolapse’.



Jenis Pembedahan Buasir

Terdapat beberapa jenis pembedahan buasir seperti yang dijelaskan di bawah:

– Ligasi Pita Getah

Prosedur ini bertujuan untuk mengubati pendarahan atau ‘prolapse’ buasir dalaman. Ia melibatkan pakar bedah meletakkan pita getah di sekitar pangkal buasir anda. Keadaan ini akan menyekat bekalan darah ke buasir itu, dan akhirnya menyebabkan buasir itu jatuh.

Kesan sampingan jarang berlaku tetapi termasuklah:

  • Pendarahan dari dubur.
  • Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air kencing (pembendungan air kencing).
  • Jangkitan di kawasan dubur.
  • Kesakitan teruk yang tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan untuk melegakan sakit. Keadaan ini mungkin disebabkan getah yang digunakan terlalu dekat dengan kawasan di kanal dubur yang mengandungi rasa sakit.

– Pembekuan (Coagulation)

Pembekuan boleh merawat pendarahan bagi buasir dalaman yang tidak menonjol. Doktor akan menggunakan aliran elektrik atau cahaya infrared untuk membentuk tisu parut pada buasir anda. Tisu ini kemudian akan menyekat bekalan darah ke buasir, seterusnya menyebabkannya jatuh.

Kesan sampingan yang anda mungkin alami termasuklah:

  • Kesakitan yang teruk semasa prosedur dijalankan.
  • Pendarahan dari dubur.
  • Jangkitan di kawasan dubur.
  • Ketidakupayaan untuk membuang air kencing (pembendungan air kencing) yang sementara.

– Skleroterapi

Dalam prosedur ini, doktor akan menyuntik larutan kimia ke dalam buasir dalaman anda. Ia mematikan hujung saraf dan membantu melegakan kesakitan yang dialami pada buasir. Selain itu, ia juga akan membentuk tisu parut dan menyebabkan buasir jatuh.

Kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah:

  • Bengkak.
  • Kemerahan.
  • Rasa sakit pada kawasan berhampiran urat yang disuntik.
  • Alahan terhadap larutan yang disuntik.
  • Rasa terbakar pada urat yang disuntik.
  • Kulit berubah warna.

– ‘Hemorrhoidectomy’

Pembedahan ‘Hemorrhoidectomy’ bertujuan untuk mengeluarkan buasir. Pakar bedah melakukan prosedur pembedahan buasir ini di hospital yang mana anda akan menerima sekatan tulang belakang (spinal block) atau anestetik tempatan.

Pakar bedah akan membuka dubur anda dan memotong buasir dengan lembut. Pemotongan dilakukan menggunakan pelbagai instrumen pembedahan seperti gunting pembedahan atau laser. Namun, kedua-dua alat ini mempunyai tahap kesakitan yang sama sahaja. Selepas mengeluarkan buasir dari tubuh anda, pakar bedah akan menutup luka, membiarkan luka terbuka atau gabungan dua kaedah ini.

Mengapa luka dibiarkan terbuka? Ia boleh terjadi kerana dua sebab iaitu luka itu sukar ditutup disebabkan lokasinya atau anda mempunyai keadaan kesihatan lain.

Kesan sampingan yang anda mungkin alami adalah:

  • Jangkitan.
  • Pendarahan dari dubur.
  • Pembocoran najis
  • Masalah membuang air kecil akibat kesakitan.

– ‘Hemorrhoid Stapling’

Pembedahan ini membantu merawat buasir dalaman yang telah berkembang pesat, atau menjadi ‘prolapse’. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan untuk merawat buasir luar.

Kebiasaannya, pakar bedah akan menggunakan anestetik untuk menjalankan prosedur pembedahan buasir ini. Seterusnya, pakar bedah akan menggunakan alat khas untuk mengubah buasir tersebut kepada posisi normal dalam kanal dubur, Bekalan darah akan berhenti disalurkan ke buasir dan menyebabkan saiznya berkurang secara perlahan.

Beberapa kajian telah menemui bahawa prosedur pembedahan buasir ini kurang menyakitkan berbanding pembedahan tradisional seperti ‘hemorrhoidectomy’. Malah, ia juga mungkin boleh pulih dalam masa yang singkat. Namun begitu, terdapat risiko yang tinggi bahawa keadaan tersebut akan berulang kembali.

Kesan sampingan yang anda mungkin alami:

  • Pendarahan.
  • Jangkitan.
  • Rekahan dubur (anal fissuring) – lapisan kanal dubur terkoyak.
  • Penyempitan dubur atau dinding rektum disebabkan oleh parut.
  • Buasir berulang kembali.
INGIN RAWAT BUASIR DENGAN PANTAS TANPA PEMBEDAHAN ??? 


Ini Kak Zura yang dah berjaya menyelesaikan masalah buasirnya. Sepatutnya beliau akan menjalani pembedaha pada bulan March ini. Alhamdulillah busir yang beliau alami selama hampir 10 tahun dapat pulih lebih awal. Doktor pun terkejut.




Nak tahu Apa rahsianya?


Kak Zura hanya amalkan 1 biji tablet sehari secara konsiten selama 2 minggu sahaja. Buasir dapat kecut dengan cepat dan berkesan.




Tiada lagi ketakutan untuk buang air besar.
Benjolan buasir kecut dengan mudah.
Tak lagi mengalami masalah sembelit.
Dah tak perlu meneran.
Tiada lagi darah keluar.

Pasti seronok kehidupan kembali normal seperti dulu kan?





Comments

Popular posts from this blog

ATASI BUASIR DENGAN TIPS INI >>>

MAKANAN SIHAT RAWAT BUASIR

Akak dah penat dengan buasir ni dik!

PROSES PERKEMBANGAN BUASIR.

PUNCA BUASIR RAMAI YANG TIDAK TAHU.