Rawatan-rawatan Buasir
–#1 Rawatan Buasir
‘Witch Hazel’
Penggunaan tumbuhan ini boleh mengurangkan dua simptom utama
buasir iaitu kegatalan dan kesakitan. Ia adalah sejenis agen antiradang
(anti-inflammatory) semulajadi, boleh juga mengurangkan bengkak.
‘Witch hazel’ boleh
dibeli dalam bentuk cecair dan digunakan terus pada bahagian buasir. Malah, ia
juga boleh didapati dalam produk seperti kain lap anti-gatal dan sabun.
– #2 Rawatan Buasir
Lidah buaya (Aloe vera)
Gel lidah buaya atau ‘aloe vera’ telah digunakan sejak dulu
untuk rawatan buasir dan pelbagai keadaan kulit lain. Ia diketahui mempunyai
sifat antiradang, yang membantu mengurangkan kerengsaan.
Walaupun tiada bukti
klinikal yang cukup mengenai keberkesanan gel ini untuk merawat buasir, Pusat
Kesihatan Tambahan dan Integratif Kebangsaan telah menyenaraikan lidah buaya
selamat digunakan untuk tujuan topikal.
Seterusnya, gel lidah
buaya boleh juga didapati dalam produk lain, tetapi anda hanya boleh
menggunakan gel lidah buaya yang tulen pada buasir anda. Gel yang tulen juga
boleh dituai terus daripada daun tumbuhan lidah buaya.
–#3 Rawatan Buasir Mandian hangat garam ‘Epsom’
Mandian hangat boleh membantu menenangkan kerengsaan akibat
simptom buasir. Anda boleh menggunakan tab mandian Sitz, iaitu tab plastik
bersaiz kecil yang sesuai diletakkan pada tempat duduk tandas atau boleh juga
dilakukan dalam tab mandian biasa.
Melakukan mandian
hangat selama 20 minit selepas setiap pembuangan air besar berkesan melegakan
simptom buasir. Bagi kesan yang lebih bagus, tambahkan garam Epsom ke dalam air
mandian anda untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan.
Epsom
–#4 Rawatan Buasir Pengelap yang melegakan (Soothing wipes)
Menggunakan kertas tandas selepas membuang air besar boleh
memburukkan lagi keadaan buasir sedia ada. ‘Soothing wipes’ boleh membantu anda
membersihkan kotoran tanpa menyebabkan kerengsaan yang parah. Bagi kesan
tambahan, anda boleh mencari tisu lembap yang mengandungi ramuan antibuasir seperti
‘witch hazel’ atau lidah buaya.
Pastikan tisu lembap
atau pengelap yang anda pilih tidak mempunyai alkohol, wangian atau bahan
perengsa lain di dalamnya. Bahan-bahan seperti ini boleh memburukkan lagi
simptom berbanding melegakannya.
Wet tissue
–#5 Rawatan Buasir Pemampat sejuk (Cold Compresses)
Letakkan pek ais atau mampatan sejuk pada dubur selama 15
minit pada satu masa untuk melegakan bengkak. Bagi buasir yang menyakitkan,
petua ini boleh jadi rawatan yang sangat berkesan. Sebelum meletakkan pek ais
atau mampatan sejuk, bungkusnya terlebih dahulu di dalam kain atau tuala
kertas. Elakkan meletakkannya terus pada kulit kerana bimbang ia akan
merosakkan tisu kulit.
tuamkan ais pada buasir
-#6 Gunakan pelembut najis & dan suplimen yang dapat
mengecutkan buasir dengan pantas dan berkesan.
Kami mencadangkan anda amalkan Tablet Hemors kerana produk
ini diyakini berkesan untuk mengatasi masalah susah membuang air besar dan
sekali gus dapat mengecutkan buasir.
Hemors memiliki kelulusan Dari KKM Malaysia dan telah diuji secara
klinikal keberkesanannya. Banyak testimoni untuk mengukuhkan cadangan kami.
Amalkan 1 biji setiap hari.
Elakkan makanan yang terlalu
pedas dan berlemak.
Tekan butang di bawah untuk
dapatkan HEMORS segera!
PROMOSI HARI INI
free potage + free gift
utk anda !
Comments