Buasir sering mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan terhadap pesakitnya. Sekiranya anda mengalami buasir dan ingin merawatnya, terdapat beberapa pilihan pembedahan yang berbeza untuk merawat buasir. Pembedahan biasanya bertujuan untuk menyekat bekalan darah atau mengeluarkan buasir. Masa pemulihan untuk pembedahan buasir adalah berbeza-beza, tetapi bagi kebanyakan orang, ia boleh mengambil masa sekurang-kurangnya satu minggu. Artikel ini akan membincangkan tujuan pembedahan buasir, jenis pembedahan yang berbeza dan masa pemulihan bagi pembedahan buasir. TUJUAN PEMBEDAHAN BUASIR Beberapa jenis pembedahan buasir termasuklah ligasi pita getah, pembekuan (coagulation), skleroterapi, โhemorrhoidectomyโ dan โhemorrhoid staplingโ. Buasir atau โhemorrhoidsโ (juga digelar sebagai โpilesโ). Setiap pembedahan bergantung pada lokasi buasir tersebut samada ia adalah buasir luaran atau buasir dalaman. Gejala buasir luaran adalah: Gatal di sekitar dubur. Rasa sakit di sekeliling dub...
Comments